FOTO

BAS PENDIDIKAN (UPSI EDU-BUS)

LATAR BELAKANG BAS

Bas ini merupakan antara model bas Scania yang terawal digunakan sejak tahun 2005 sehingga tahun 2020 sebelum ia diputuskan untuk diubahsuai menjadi Bas Perkhidmatan Bergerak pada tahun 2021. . Hampir 17 tahun lamanya bas ini berkhidmat dengan jayanya membawa pelajar dan kakitangan ke merata pelosok negara dalam melancarkan aktiviti dan program Universiti. Penyelenggaraan berkala dan pembaikan secara optimum bagi sebarang kerosakan dijalankan dengan baik sehingga ia memungkinkan bas ini bertahan lamanya untuk berkhidmat.

 

INISIATIF PENGUBAHSUAIAN BAS

 

Mesyuarat Pembentangan Bajet Mengurus Tahun 2022 menyaksikan satu inisiatif diambil bagi menaik taraf kenderaan ini dengan mengubahsuai kegunaannya dari membawa penumpang kepada sebuah bas pameran bergerak. Kerja-kerja pengubahsuaian dengan bajet One-Off Mengurus sebanyak RM 200,000.00 telah diluluskan. Kerja-kerja pengubahsuaian seterusnya dilaksanakan selama hampir 8 bulan bulan bermula Mei 2022 sehingga .Disember 2022 merangkumi:

  • Kerja mengubahsuai ruang penumpang kepada ruang pameran
  • Kerja merekabentuk dan mengecat badan bas.
  • Kerja menambah generator berasingan dan mengubahsuai sistem penghawa dingin.
  • Kerja pencahayaan lampu LED di dalam bas.
  • Pembaharuan Kelas Kegunaan kepada Barangan – Perkhidmatan.

BAS PENDIDIKAN

 

Majlis Aspirasi Naib Canselor Tahun 2023 telah menjenamakan bas ini sebagai Bas Pendidikan yang antara lainnya akan berfungsi sebagai aset bergerak dalam mempromosikan Universiti kepada masyarakat serata pelosok negara. Ia pertama kalinya digunakan pada 3 Februari 2023 oleh Fakulti Sains dan Matematik semasa Majlis Aspirasi Naib Canselor dan seterusnya ke lokasi lain bagi Program Karnival MOSTI dan lawatan delegasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di UPSI. Seterusnya, ia bakal digunakan oleh Fakulti dan PTj dalam rangka promosi masing-masing di masa akan datang.

 

Bas Pendidikan ini menawarkan ruang pameran pelbagai guna yang dilengkapi dengan dua (2) set Smart TV, panel poster, stor dan ruang kosong untuk diletakkan meja, kerusi, banting dan sebagainya. Sistem penghawa dingin Cassete Type berkapasiti 5 Horse Power turut dipasang bagi tujuan keselesaan dan keseluruhan sistem pencahayaan menggunakan LED bagi memberikan kesan yang lebih menarik.

 

Bahagian Pengangkutan diamanahkan untuk menjaga dan menguruskan penggunaan bas ini dan akan bekerjasama rapat dengan Fakulti dan PTj bagi memastikan Bas Pendidikan ini digunakan secara optimum, berkesan dan aktif dalam usaha mempromosikan Universiti secara bergerak dari semasa ke semasa.

 

BTRANS 4 WHEEL (PAJERO)

Pajero ini merupakan antara model dari jenis Mitsubishi yang terawal digunakan di UPSI sejak tahun 2002 sehingga kini. Model kenderaan pacuan 4 roda ini telah berkhidmat hampir 21 Tahun dan penggunaan kenderaan ini adalah menjurus kepada penugasan yang melibatkan aktiviti lasak dan melibatkan laluan yang tidak dapat dimasuki oleh kenderaan jenis ringan. Warna pajero yang asal adalah bewarna biru dan telah diberikan wajah baharu melibatkan kerja mengecat dan penaik tarafan sistem melibatkan pengendalian.

INISIATIF PENGUBAHSUAIAN PAJERO

Mesyuarat Pembentangan Bajet Mengurus Tahun 2022 menyaksikan satu inisiatif yang diambil bagi menaik taraf kenderaan ini melibatkan perubahan warna dan beberapa pengubahsuaian melibatkan aksesori kenderaan. Kerja-kerja pengubahsuaian dengan bajet One-Off Mengurus sebanyak RM 40,000.00 telah diluluskan. Kerja-kerja pengubahsuaian seterusnya dilaksanakan selama hampir 8 bulan secara berfasa bermula Mei 2022 sehingga .Disember 2022 merangkumi:

  • Kerja mengecat badan pajero.
  • Kerja menukar winch baharu yang lebih berkualiti dan selamat.
  • Kerja pemasanagan rex roof di bahagian bumbung badan pajero.
  • Kerja penambahan pencahayaan luar menggunakan lampu sportlight LED.

PAJERO UPSI 

Sebagai satu langkah dalam memperkenalkan UPSI di seluruh negara, salah satunya adalah melibatkan penglibatan di dalam urusan kebajikan. Sehubungan itu, pihak UPSI juga memainkan peranan untuk sentiasa terlibat di dalam misi bantuan kepada mangsa bencana alam yang terjadi di seluruh semenanjung Malaysia.

ResQ Team UPSI telah ditubuhkan oleh UCTC UPSI secara tidak langsung melibatkan penggunaan kenderaan dari Bahagian Pengangkutan di dalam misi-misi kemanusiaan. Sehubungan itu, cat baharu yang diberikan kepada pajero tersebut adalah merujuk kepada beberapa perkataan RESQ UPSI sebagai satu kenderaan rasmi UPSI di dalam misi bantuan tersebut.

Pajero ini juga akan digunakan di dalam modul kursus pemanduan lasak yang bakal dilaksanakan dari Bahagian Pengangkutan UPSI dan dalam masa yang sama merupakan satu langkah penjanaandi peringkat Universiti. Kursus tersebut melibatkan penggunaan sepenuhnya kenderaan pajero tersebut di laluan yang sukar ditembusi oleh kenderaan biasa dan bersifat offroad.