Insurans Perjalanan Penggunaan Kenderaan (Bas, Lori, Koster)
- Penggunaan kenderaan (Bas, Lori, Koster) adalah untuk warga UPSI (kakitangan & pelajar) sahaja iaitu seperti yang dinyatakan dalam Permit kenderaan. Pemohon perlu melampirkan permohonan kenderaan bersama senarai nama dan nombor kad pengenalan / nombor passport (bukan warganegara) bagi tujuan permohonan perlindungan insurans perjalanan.
- Bayaran insurans perlu dijelaskan selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh perjalanan atau permohonan tersebut dianggap tidak lengkap dan boleh ditolak.
- Kadar kiraan insurans perjalanan (Plan A) menggunakan kenderaan UPSI (Bas, lori, koster) dari kalangan bukan warga UPSI adalah seperti berikut :
Contoh pengiraan : A + B + C
Tempoh penggunaan kenderaan : 2 hari
Jumlah penumpang (Bukan Warga UPSI) : 5 orang
A – Kiraan : RM 3.00 seorang x 5 orang = RM 15.00
B – Cukai Sales Services Tax (SST) = 8% (RM15.00 x 8% = RM1.20)
C – Setem Duti = RM10.00
Jumlah : RM 15.00 + RM1.20 + RM 10.00 = RM26.20